Pada Ogos 2020, Perhimpunan Kesihatan Sedunia meluluskan ketetapan membasmi penyakit kanser serviks dan merangka perancangan perlaksanaannya. Pertubuhan Kesihatan Sedunia membuat pengumuman bersejarah ini pada 17 November, 2020 dan melancarkan kempen pembasmian. Acara dan aktiviti telah diadakan di seluruh dunia menandakan hari tersebut. Kesedaran semakin meningkat di kalangan masyarakat dan individu pada peringkat global ke arah pembasmian penyakit kanser serviks sebagai masalah kesihatan awam.

Menurut data Daftar Kanser Malaysia 2019, lebih 700 kes baharu kanser serviks dikesan di Malaysia pada setiap tahun dengan 40% kes dikesan pada Tahap 3 dan 4.

Persatuan Onkologi Malaysia bersamaan Yayasan Rose, Persatuan Kanser Malaysia, Majlis Kanser Negara (MAKNA), All Women’s Action Society (AWAM) dan Women’s Aid Organization (WAO) sedang melancarkan kempen kesedaran penyakit kanser serviks, ujian saringan dan vaksin HPV bagi wanita Malaysia menerusi media sosial selama dua bulan. Kejayaan kempen ini bergantung pada penglibatan secara aktif pempengaruh media sosial menyebarkan informasi tersebut di kalangan para pengikut mereka.

Kanser serviks ialah kanser ketiga terbanyak di kalangan wanita Malaysia dan boleh dicegah dengan ujian saringan berkala dan vaksin HPV.

Organisasi Bukan Kerajaan

Pempengaruh Media Sosial

Choo Mei Sze

Youth Ambassador for National Cancer Society Malaysia/ Emcee/Host

Shubasini Rajkumar

Miss Malaysia Petite Spokesperson Malaysia 2017

Dr Imelda Balchin

Obstetrician & Gynaecologist Consultant, KPJ Damansara Specialist Hospital

Pritha Manivannan

Actress, News Anchor, Tv Personality, Producer

Francisca Luhong James

Miss Universe Malaysia 2020

Julie Woon

Emcee/Host

Goh Liu Ying

Malaysia Badminton Player

Perakuan

Pereka Grafik
Ong Jou Ee

Penterjemah
Bahasa Malaysia:
Minggu 1-3
Rizq Herinza Syadza binti Sofian
Minggu 4 – 9
Kanakambigai Narayanasamy

Penterjemah
Mandarin:
Chin Sze Yuin

Penterjemah
Tamil:
Santha Letchmy Perumal

Tiga Pesanan Utama

Kanser Serviks disebabkan Virus Human Pappilloma (HPV) – Minggu 1

Apabila para wanita saling menyokong antara satu sama lain, perkara yang mengagumkan akan berlaku.
Jika anda diberi peluang untuk mempelajari bagaimana untuk melindungi diri anda serta orang yang tersayang dari kanser serviks, ADAKAH ANDA AKAN MENERIMA ATAU MENOLAKNYA?

Ikuti Kempen Kesedaran Kanser Serviks di laman Facebook & Instagram kami bermula dari 1 Disember 2020 hingga 31 Januari 2021.

Laman sesawang sekutu
http://www.myhealth.gov.my/en/cervix-cancer/

Conquering Cancer: Fighting Cervical Cancer – Chris' Story

Kanser serviks adalah barah yang terbentuk di dalam tisu atau sel-sel yang melapisi permukaan serviks (pangkal rahim). Serviks adalah bahagian bawah rahim yang berhubung dengan faraj. Papilomavirus Manusia (atau human papillomavirus – HPV) memainkan peranan yang penting dalam kebanyakan kes kanser serviks.

Sumber rujukan:

  1. https://www.cancer.org/cancer/cervical-cancer/about/what-is-cervical-cancer.html
  2. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/cervical-cancer/symptoms-causes/syc-20352501

HPV and Cancer

Kanser serviks mungkin tidak mempunyai sebarang tanda-tanda atau gejala pada peringkat awal.

Antara tanda-tanda dan gejala kanser serviks yang biasa adalah:

  1. Pendarahan faraj selepas melakukan hubungan seks, di antara tempoh haid atau selepas menopaus.
  2. Faraj yang mengeluarkan keputihan yang berair dan pendarahan yang berat serta mempunyai bau yang kurang enak.
  3. Sakit di bahagian pelvis atau kesakitan ketika berhubungan seks.

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda dan gejala yang tersebut, anda perlu segera membuat temu janji dengan pakar sakit puan anda untuk pemeriksaan yang lebih lanjut.

Sumber rujukan:

  1. https://www.cancer.org/cancer/cervical-cancer/detection-diagnosis-staging/signs-symptoms.html
  2. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/cervical-cancer/symptoms-causes/syc-20352501

What are the signs and symptoms of cervical cancer?

Kanser Serviks disebabkan Virus Human Pappilloma (HPV) – Minggu 2

Kanser serviks adalah kanser ketiga yang paling biasa di kalangan wanita Malaysia.

Wanita yang terdedah pada jangkitan papilomavirus manusia (HPV) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser serviks.

Sumber rujukan:

  1. https://www.programrose.org/cervical-cancer-hpv
  2. https://www.cancer.org/cancer/cervical-cancer/causes-risks-prevention/risk-factors.html

Kanser serviks tahap 1 biasanya dirawat dengan kaedah pembedahan. Manakala kanser tahap 2, 3, dan 4 pula biasanya dirawat dengan kaedah kemoterapi dan radioterapi.

Sumber rujukan:

  1. https://www.cancer.org/cancer/cervical-cancer/treating/by-stage.html
  2. https://www.cancer.gov/types/cervical/patient/cervical-treatment-pdq

Hampir kesemua kes pra-kanser dan kanser serviks tahap 1 mampu disembuh dengan rawatan. Kanser serviks tahap 1, 2, dan 3 boleh diubati dengan rawatan awal.

Sumber rujukan:

  1. https://www.cancer.org/cancer/cervical-cancer/detection-diagnosis-staging/survival.html

Kanser Serviks disebabkan Virus Human Pappilloma (HPV) – Minggu 3

Papilomavirus manusia (HPV) adalah jangkitan virus yang paling kerap didapati pada saluran reproduktif. Jangkitan HPV seringkali tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala dan kebanyakannya akan pulih tanpa rawatan.

Sumber rujukan:

  1. https://www.programrose.org/cervical-cancer-hpv
  2. https://www.healthline.com/health/human-papillomavirus-infection#_noHeaderPrefixedContent

Papilomavirus manusia (HPV) disebarkan melalui sentuhan dari kulit ke kulit badan, biasanya ketika hubungan intim. Kebanyakan jangkitan HPV hilang dalam 2 tahun tetapi bagi sesetengah orang (yang tidak menerima suntikan vaksin HPV), virus tersebut akan bertahan lebih lama dalam badan mereka. Ia mengambil masa sehingga 10 tahun untuk menukarkan sel-sel serviks yang sihat kepada sel-sel kanser.

Sumber rujukan:

  1.  https://www.cancer.org/cancer/cervical-cancer/causes-risks-prevention/risk-factors.html
  2. https://www.cdc.gov/cancer/cervical/basic_info/risk_factors.htm

Suntikan vaksin HPV dan saringan serviks yang berkala adalah dua kaedah utama mencegah kanser serviks.

Sumber rujukan:

  1. https://www.cancer.org/cancer/cervical-cancer/treating/by-stage.html
  2. https://www.cdc.gov/hpv/parents/about-hpv.html

Vaksin HPV mencegah kanser serviks – Minggu 4

Vaksin HPV mencegah virus HPV iaitu pembawa kanser serviks pada pesakit baharu. Vaksin ini tidak berkesan merawat pesakit yang sudah dijangkiti virus HPV atau menunjukkan gejala penyakit tersebut.

Sumber rujukan:

    1. https://www.cancer.org/cancer/cancer-causes/infectious-agents/hpv/hpv-and-hpv-testing.html

Vaksin HPV berkesan pada remaja muda dan ia diberi secara suntikan berkala. Remaja lelaki dan perempuan dinasihati mendapatkannya:

  • Berusia antara 9 – 14 tahun (2 suntikan: 1 suntikan selepas 6 bulan)
  • Berusia antara 15 – 26 tahun (3 suntikan: selaras dengan keberkesanan vaksin HPV pada remaja muda.
  • Wanita 26 tahun ke atas harus berjumpa doktor untuk ambil vaksin ini.

Sumber rujukan:

  1. https://www.cancer.org/latest-news/acs-updates-hpv-vaccination-recommendations-to-start-at-age-9.html
  2. https://www.cancer.org/cancer/cancer-causes/infectious-agents/hpv/hpv-vaccines.html

Vaksin HPV diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2006.

Pada tahun 2010, program imunisasi vaksin HPV di sekolah peringkat kebangsaan dilancarkan. Sejak itu, semua kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun diberi vaksin HPV (pada tahun pertama sekolah menengah) di Malaysia.

Sumber rujukan:

  1. https://bmcpublichealth.biomedcentral.com/articles/10.1186/s12889-018-6316-6
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6303856/

Vaksin HPV mencegah kanser serviks – Minggu 5

Vaksin HPV mencegah jangkitan dengan membantu sistem imun mengesan dan menghapuskan virus pada peringkat awal jangkitan dan virus tidak kekal lama dalam badan.

Jangkitan HPV berterusan boleh membawa perubahan pra-kanser yang kemudian menjadi kanser serviks.

Sumber:

  1. https://www.cancer.org/cancer/cancer-causes/infectious-agents/hpv/hpv-vaccine-facts-and-fears.html

Ujian saringan kanser serviks berkala disarankan walaupun anda sudah ambil vaksin kerana vaksin ini tidak melindungi anda daripada semua jenis virus HPV yang membawa kanser serviks.

Sumber:

  1. https://www.cancer.org/cancer/cancer-causes/infectious-agents/hpv/hpv-vaccines.html

Vaksin HPV selamat. Ia mengurangkan kadar pra-kanser serviks.

Kesan sampingan termasuk demam, lesu, sakit kepala dan kemerahan atau keradangan pada kulit di mana suntikan diberi tetapi penerima cepat sembuh.

Sumber:

  1. https://www.cancer.org/cancer/cancer-causes/infectious-agents/hpv/hpv-vaccine-facts-and-fears.html

Vaksin HPV mencegah kanser serviks – Minggu 6

Vaksin HPV tersedia di Malaysia.

Buat janji temu di klinik atau hospital yang berhampiran hari ini untuk mendapat vaksin HPV.

Sumber:

  1. https://itsyourlife.net.my/hpv-prevention/
  2. http://www.myhealth.gov.my/en/hpv-human-papillomavirus-vaccination/

Vaksin HPV mencegah jangkitan virus HPV biasa pembawa kanser serviks.

Ujian saringan serviks berkala amat disarankan untuk mengesan kanser serviks yang disebabkan oleh jangkitan virus HPV tidak biasa.

Sumber:

  1. https://www.cancer.org/cancer/cervical-cancer/detection-diagnosis-staging/screening-tests.html
  2. https://www.cancer.org/cancer/cervical-cancer/detection-diagnosis-staging/screening-tests/hpv-test.html

Tidak, vaksin HPV hanya mencegah jangkitan baharu.

Ia tidak berkesan merawat jangkitan. Jadi, ujian saringan serviks berkala amat disarankan.

Sumber:

  1. https://www.cancer.org/cancer/cancer-causes/infectious-agents/hpv/hpv-and-hpv-testing.html

Saringan berkala mengesan tanda-tanda awal kanser serviks – Minggu 7

Wanita yang pernah melakukan hubungan kelamin, dan berusia antara 30-65-tahun, tidak kira taraf perkahwinannya atau fasa menopause perlu menjalani ujian saringan serviks secara berkala seperti disyorkan.

Sumber:

  1. https://www.who.int/activities/screening-for-cervical-cancer
  2. https://www.ogsm.org.my/docs/GUIDELINES%20FOR%20PRIMARY%20HPV%20TESTING%20FOR%20CERVICAL%20CANCER%20SCREENING%20IN%20MALAYSIA.pdf

Ujian saringan adalah sebahagian daripada pendekatan komprehensif dalam mencegah dan mengawal kanser serviks.

Ia penting bagi wanita yang tidak ada sebarang simptom kerana gejala kanser serviks hanya dilihat pada peringkat akhir. Andainya, ada perubahan tidak normal atau kanser dikesan pada peringkat awal semasa ujian saringan, ia dapat dirawat.

Sumber:

  1. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/human-papillomavirus-(hpv)-an-cervical-cancer

Seperti bunga perlu disirami air, dibubuh baja dan dijaga dengan baik, kita harus menjaga kesihatan diri.

Kanser serviks disebabkan sel mutasi yang tumbuh dengan senyap dalam badan kita. Ujian saringan secara berkala dapat mengesan sel mutasi ini sebelum ia menjadi kanser.

Sumber:

  1. https://www.cdc.gov/cancer/cervical/basic_info/screening.htm
    Ministry of Health, 2003. Clinical Practice Guidelines – Management of Cervical Cancer
  2. https://cebp.aacrjournals.org/content/early/2020/11/24/1055-9965.EPI-20-1177
  3. WHO guidelines for screening and treatment of precancerous lesions for cervical cancer prevention

Saringan berkala mengesan tanda-tanda awal kanser serviks – Minggu 8

Pilih ujian saringan yang mana anda berasa selesa selepas memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan.

Dua ujian saringan serviks untuk mencegah kanser serviks adalah ujian pap smear dan ujian HPV. Ujian pap smear dilakukan oleh ahli profesional penjagaan kesihatan untuk mengesan perubahan abnormal dalam sel pada wanita berusia 21 hingga 65 tahun yang mengamalkan hubungan kelamin; dan ujian HPV mengesan virus HPV onkogen, agen penyebab perubahan abnormal pada sel. Dengan tahap kepekaan melebihi 90% (Pap smear hanya 50%), ujian HPV disyorkan bagi wanita berusia 30 hingga 65 tahun, tidak kira status perkahwinan atau menopaus dan ia boleh dilakukan dengan sendiri.

Sumber:

  1. LAYOUT HPV_Layout 1
  2. https://www.cancer.org/cancer/cervical-cancer/detection-diagnosis-staging/screening-tests/pap-test.html
  3. https://www.cancer.org/cancer/cervical-cancer/detection-diagnosis-staging/screening-tests/hpv-test.html

Ya, anda boleh mengambil ujian tersebut.

Ujian HPV adalah ujian saringan serviks lebih tinggi tahap kepekaan dan keputusan negatif bermakna anda tidak perlu ujian saringan serviks selama 5-10 tahun lagi (jika usia anda antara 30 hingga 65 tahun).

Sumber:

  1. https://www.programrose.org/frequently-asked-questions

Pap smear: Selang 3 tahun jika keputusan ujian adalah normal selama dua tahun berturut-turut.

Ujian HPV: Selang 5-10 tahun jika keputusan ujian adalah negatif.

*Dalam masa 10 tahun, pesakit dengan keputusan ujian normal akan menjalani 2 ujian HPV atau 4 ujian pap smear.

Sumber:

  1. https://www.programrose.org

Saringan berkala mengesan tanda-tanda awal kanser serviks – Minggu 9

Anda boleh mengambil ujian HPV jika anda:

  • Anda berusia antara 30 – 65 tahun.
  • Anda tidak hamil.
  • Tidak melakukan histerektomi (rahim tidak dikeluarkan).
  • Tidak alami pendarahan haid banyak pada hari ujian.

Sumber:

  1. https://www.programrose.org

Ujian HPV tidak sakit, cepat dan ringkas.

Anda boleh melakukannya dengan sendiri di pusat penjagaan kesihatan, biasanya di kamar air atau bilik tandas. Anda akan diberi pakej berisi kapas kesat.

  1. Anda memasukkan kapas kesat dengan perlahan-lahan pada alat kelamin anda (sama seperti memasukkan tampon). 
  2. Kemudian, putar kapas kesat itu sebanyak 5-10 kali. 
  3. Selepas selesai, keluarkan kapas kesat dan letak balik dalam tiub dengan segera, jangan bersihkan atau menjatuhkannya.

Selepas ujian HPV, anda boleh sambung tugas seperti biasa. Anda boleh melakukan ujian HPV pada bila-bila masa selagi anda tidak mengalami pendarahan haid banyak.

Sumber:

  1. http://www.cancerscreening.gov.au/internet/screening/publishing.nsf/Content/A2059EFF3C101C6ACA2581C300161E96/$File/CAN177%20-%20Instruction%20guide%20for%20self-collect%20(How%20to%20take%20your%20own%20sample%20for%20a%20HPV%20test)%20V2.pdf

Keputusan negatif ujian saringan HPV bermakna

  • Virus HPV tidak dikesan dalam sampel (keadaan normal). 
  • Ini bermakna risiko mengalami perubahan sel abnormal dalam serviks amat rendah. Anda boleh melakukan ujian saringan serviks HPV selang 5-10 tahun

Keputusan positif ujian saringan HPV bermakna

  • Virus HPV telah dikesan dalam sampel.
  • Tidak semestinya anda menghidap kanser serviks. Pemeriksaan susulan wajib bagi memastikan tidak ada perubahan sel abnormal dalam serviks.