NATIONAL TRAINING COURSE ON RADIOTHERAPY DOSIMETRY AUDIT 2023

Monday, 7 August 2023

Adalah dimaklumkan bahawa, Unit Fizik Perubatan, HSAAS akan menganjurkan program National Training Course on Radiotherapy Dosimetry Audits 2023 sepertimana ketetapan berikut:

Tempat : Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM (HSAAS) & Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya.
Tarikh : 12 hingga 14 September 2023 (sesi ceramah)
16 September 2023 (sesi praktikal)
Tempoh : Empat (4) hari

Program ini diadakan dengan tujuan untuk membangunkan modal insan dalam bidang audit dosimetri radioterapi di Malaysia. Kursus ini sangat penting dalam membangunkan “dosimetry audit network” kebangsaan yang merangkumi pelbagai pakar bidang dari makmal standard dosimetri, ahli fizik perubatan (radioterapi), pakar onkologi dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, kursus ini juga penting ke arah mewujudkan program audit dosimetri radioterapi kebangsaan yang merangkumi pelbagai peringkat audit daripada dosimetri rujukan asas kepada teknik radioterapi lanjutan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila berhubung dengan pegawai Jabatan ini, Cik Adiela menerusi talian (011-1068 0747) / Pn. Nur Hasyimah  (0142458595) atau melalui email mal.dosimetry.audit.network@gmail.com.

Sekian.

Sekretariat 
Kursus “National Training Course on Radiotherapy Dosimetry Audit 2023”
Email: mal.dosimetry.audit.network@gmail.com
Tel.No: 03-97699553